Berita UtamaPendapatUtama

Jangan percaya laporan FMT, bina premis burukkan agama

Bekas pelajar MRSM akui aktiviti agama sangat bantu untuk berjaya

SAYA juga produk MRSM. Di MRSM saya diajar untuk solat subuh berjemaah, serta kerap bertahajud. Kami diajar berdoa setiap pagi sebelum masuk ke kelas dan sebelum memulakan pengajian. Tahun 2009, MRSM Taiping antara yang menjuarai carta SPM. Tak pernah dengar orang kata dia tak cemerlang kerana terlalu banyak ibadah.

Sesiapa yang berkata agama menghalang mereka berjaya dari sudut akademik sebenarnya adalah bodoh. Bodoh kerana:

1) Mengukur intelek berdasarkan ukuran material, sedangkan siapakah yang lebih pandai berbanding orang yang mengenal Tuhan? 

2) Dah memang tak pandai akademik, nak salahkan agama pula.

Amalan di MRSM Taiping bawa saya sehingga ke luar negara. Tiga ijazah saya siapkan dengan subuh berjemaah hampir setiap hari (adalah sekali-sekala tertinggal), dan cuba bertahajud sekerap mungkin. Tak pernah pula saya rasa ia membebankan atau menghalang dari berjaya capai apa yang saya kejar.

Jika tanya saya, itulah dua perkara yang memberikan ketenangan, “clarity” dan keberkatan pada masa saya untuk mengurus kerumitan hidup. Di dunia yang semakin bertambah ‘toxic’ dan gaya hidup yang menyumbang kepada penyakit depresi dan anxiety, kita perlukan penekanan yang lebih kepada aspek rohani supaya anak2-anak mampu mengurus emosi dan mental mereka dengan baik.

FMT tidak boleh dipercayai. Jangan cepat termakan dengan propaganda murahan. Hanya dengan “menemu ramah” entah siapa, dia gunakan sebagai data untuk membina premis memburukkan agama.

Semoga penulis ini bertaubat sebelum diberi balasan Allah atas kerja jijik menghasut manusia lari daripada agama.

Yusri Jamal
Bekas pelajar MRSM

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close