Berita UtamaUtama

Guan Eng terus tipu rakyat

Rakyat akan pastikan kerajaan sepenggal jadi kenyataan

BANGI, 26 Jamadilawal 1441H, Rabu – “Patutlah Tun M kata, PH mungkin memerintah sepenggal. Mereka tidak takut menipu kerana sudah menjangkakan PH hanya boleh bertahan sepenggal sahaja.”

Demikian sindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal melunaskan janji untuk menghapuskan kutipan tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Tempoh konsesi PLUS yang sepatutnya tamat pada 2038 dilaporkan dilanjutkan pula 20 tahun sehingga 2058.

Ekoran itu, Guan Eng turut didakwa sebagai pembohong oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan keputusan kerajaan untuk tidak menjual PLUS Malaysia Bhd.

Walhal, Guan Eng sebelum ini menguar-uarkan bahawa kutipan tol di PLUS dan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang akan dihapuskan jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bahkan, Guan Eng berkata, pemansuhan itu akan dibuat demi meringankan beban rakyat, namun sebaliknya yang berlaku hari ini. 

“Rupanya selepas kalah teruk di Kimanis, Guan Eng terus menipu rakyat. Mungkin dalam pemikiran mereka, lantaklah apa yang akan berlaku selepas PRU15 kerana PH tidak lagi memerintah.

“Biarlah kerajaan baru selepas PRU 15 tanggung kerosakan yang berlaku sekarang. Contohnya hapuskan tol PLUS. Itu janji PH. Sekarang tahun 2020. Konsesi tol PLUS sepatutnya tamat pada tahun 2038. 18 tahun lagi.

“Selepas 18 tahun, bayaran tol PLUS berakhir. Tetapi untuk divert janji hapus tol, Guan Eng perkenalkan diskaun tol 18 peratus. Sebagai timbal balas, tempoh konsesi PLUS terpaksa dilanjutkan hingga tahun 2058,” kata Puad dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, ia bermakna rakyat terpaksa membayar tol PLUS untuk 38 tahun akan datang, katanya.

“Kena tunggu 38 tahun dari sekarang baru bayaran tol PLUS tamat. Semoga Guan Eng hidup lagi ketika itu. Pokoknya Lim Guan Eng mahu rakyat lupakan janji hapuskan tol.

“Baru Bian suruh rakyat bermimpi tol percuma. Tetapi rakyat akan pastikan kerajaan sepenggal jadi kenyataan. Berdoalah Guan Eng supaya tidak ada lagi PRK dalam masa terdekat. 

“Rakyat akan memenggal kamu supaya jadi sepenggal,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close