Berita PilihanBerita UtamaUtama

Permohonan pengajian di Timur Tengah boleh dibuat hari ini

KPM tidak lantik mana-mana ejen bagi uruskan pelajar

PUTRAJAYA, 25 Jamadilawal 1441H, Selasa – Pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan bagi sesi 2020/2021 perlu membuat permohonan secara dalam talian di pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Jan, 2020 (Selasa) pukul 2.00 petang sehingga 3 Februari 2020 (Isnin) pukul 11.59 malam.

Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat pula dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) pukul 2.00 petang dan ditutup pada 9 April, 2020 (Khamis) pukul 11.59 malam, katanya.

Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara dalam talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April, 2020 (Khamis) pukul 11.59 malam.

KPM berkata permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya diproses oleh KPM sahaja.

“KPM tidak melantik mana-mana ejen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan ejen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri,”katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5, 62200 Putrajaya

No. Tel : 03-8870 6627 / 6226

No. Faks : 03-8870 6853

Facebook : Education Malaysia Division

Google : timurtengah@bem

-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close