Berita UtamaUtama

Tak perlu ubah, terus saja dasar kasut hitam

Hanya tiga menteri nampak berpengalaman jadi pengganti Maszlee

BANGI, 24 Jamadilawal 1441H, Isnin – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dinasihatkan untuk tidak mengubah keputusan mengenai pemakaian kasut hitam di sekolah yang diperkenalkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sebelum ini.

Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Daerah Gombak, Haji Daud Haji Ibrahim juga meminta kementerian tidak menghalang pelajar memakai kasut putih bagi memberi keselesaan kepada ibu bapa.

“Apabila sesi persekolahan, ibu bapa sememangnya terbeban. Dalam prinsip belajar ini, ibu bapa mesti sanggup bersusah untuk melahirkan anak yang berjaya,” katanya dalam program Cakap Serupa Bikin yang disiarkan di TV Pertiwi secara langsung, malam ini.

Pemakaian kasut dan stoking hitam dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 hingga 2021 berdasarkan pekeliling ikhtisas KPM Bilangan 10 tahun 2018.

Sebelum ini, Dr Maszlee mahu semua murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Sementara mengulas mengenai pengganti Dr Maszlee, Haji Daud berkata, hanya tiga sahaja menteri ketika ini ada pengalaman menjadi menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad; Tan Sri Muhyiddin Yassin ; serta Datuk Saifuddin Abdullah.

“Yang lain-lain tidak pernah menjadi menteri pun. Jadi kalau Dr Maszlee berhenti, tiga kalangan inilah yang boleh jadi pemangku sementara mahu melantik menteri pendidikan baharu,” kata beliau.

Pada awal sesi persekolahan, Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri selepas 20 bulan mengemudi KPM.

Menerusi satu sidang media khas, beliau mengakui kementeriannya sering menjadi tumpuan dengan pelbagai kontroversi sehingga menimbulkan krisis kepada kepimpinan kerajaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close