Berita UtamaDunia

BJP perkuat majoritarianisme politik malapetaka bagi India: Akademik

Kebangkitan akar umbi nasionalis Hindu musnah hidup minoriti termasuk umat Islam

NEW DELHI, 5 Safar 1445H, Selasa – Kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India diketuai Narendra Modi yang memperkuatkan majoritarianisme politik, mengeksploitasi agama, undang-undang, dan politik membawa kepada sikap dominan nasionalis Hindu yang tidak bertamadun, kata ahli akademik di Universiti California, Berkeley, Dr Angana Chatterji.

Dalam temu bual dengan laman web Press TV, Dr Angana berkata, menghasut nasionalis Hindu dalam majoritarianisme hanya malapetaka kepada India.

Dr Angana mengulas mengenai perobohan ratusan rumah, kedai dan pondok di satu-satunya daerah majoriti Islam di negeri Haryana baru-baru ini, yang mendorong Mahkamah Tinggi Punjab dan Haryana mempersoalkan sama ada ia adalah kes ‘pembersihan etnik.’

“Isu juga timbul sama ada bangunan milik komuniti tertentu dirobohkan di sebalik  masalah undang-undang, ketenteraman dan pembersihan etnik,” kata mahkamah.

Dr Angana berkata, nasionalis Hindu menggunakan jentolak untuk memusnahkan harta benda umat Islam sebagai satu bentuk penyasaran kolektif sementara polis bersiap sedia melancarkan pembersihan etnik.

Sementara di negeri timur laut Manipur, berlaku kekejaman besar-besaran dan rampasan tanah menyasarkan komuniti Kristian Kuki asli.

Kerajaan BJP yang memerintah didakwa mendiskriminasi kumpulan minoriti, termasuk orang Islam, dan membenarkan pengawas Hindu menyasarkan ahli komuniti minoriti.

Dr Angana, pengarang ‘Majoritarian State: How Hindu Nationalism is Changing India’ (2019) berkata, kerajaan BJP menggabungkan populisme, nasionalisme dan autoritarianisme – bahkan kebangkitan akar umbi nasionalis Hindu menghasut kemusnahan tiada tandingannya ke dalam kehidupan minoriti Muslim, Kristian, Adivasi, Dalit dan komuniti terdedah yang lain.

Beliau merujuk kepada ketua menteri negeri Uttar Pradesh di utara India, Yogi Adityanath, menyifatkan beliau sebagai ‘nasionalis Hindu radikal’ yang telah menyokong pelbagai kempen untuk mengatasi hak orang Islam.

Uttar Pradesh telah melihat banyak kes jenayah benci dan pembunuhan anti-Muslim dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sambil mengecam kerajaan sedia ada, Dr Angana berkata ia telah gagal dalam banyak aspek.

“Demonetisasi menghapuskan 1 peratus daripada KDNK India dan pada 2023, Kebebasan Akhbar India menduduki tempat ke-161 daripada 180 negara. Sejak 2019, dengan pemilihan semula BJP, keganasan meningkat,” katanya.

Dr Angana juga merujuk kepada Akta Aktiviti Melanggar Undang-undang (Pencegahan), yang membolehkan prosedur khas untuk melabel seseorang sebagai ‘pengganas’ sambil menafikan proses dan perbicaraan kehakiman yang sewajarnya.

“Undang-undang adalah paling keras ke atas orang Kashmir Islam dan orang yang berketurunan minoriti dan mereka yang tertindas dengan kasta di India. 

“Pembela hak asasi manusia terkenal (Kashmir) Khurram Parvez telah ditangkap pada 22 November 2021, dan kekal dalam tahanan sewenang-wenangnya,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button