Berita UtamaDunia

Hamas janji bebaskan al-Aqsa

Palestin bantah tindakan mana-mana negara adakan normalisasi dengan Israel

GAZA, 10 Zulkaedah 1442H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berjanji akan membebaskan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman negara haram Israel dalam masa terdekat.

Pemimpinnya, Yahya al-Sinwar berkata, kemenangan itu akan diperoleh melalui usaha semua masyarakat Palestin dalam pertempuran di Baitulmaqdis al-Quds.

Katanya, rakyat Palestin ketika ini hampir membebaskan Masjid Al-Aqsa dan mengadakan solat di sana.

Pendirian rakyat Palestin tidak berubah – mereka sama sekali tidak menyokong keputusan negara-negara tertentu, yang mengadakan hubungan normalisasi dengan rejim pengganas Israel.

Rejim penjajah baru-baru ini menyerang perkarangan Masjid Al-Aqsa serta rakyat Palestin yang membantah tindakan penduduk haram Yahudi yang menghina Nabi Muhammad ﷺ.

Bantahan rakyat Palestin dilakukan selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Al-Aqsa , beberapa hari selepas penduduk haram Yahudi melakukan perarakan March of the Flags.

Dalam perarakan itu, penduduk haram Yahudi membanjiri kawasan-kawasan umat Islam bagi meraikan gelombang kedua pembersihan etnik oleh rejim pengganas Zionis pada 1967.

Selasa lalu, Israel turut melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, sekali gus melanggar gencatan senjata yang ditemeterai pada 21 Mei lalu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button