Berita UtamaDuniaUtama

Ratusan cedera protes di Beirut

Penunjuk perasaan antikerajaan terus tuntut perubahan hidup

BEIRUT, 23 Jamadilawal 1441H, Ahad – Ratusan orang cedera dalam satu pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan pasukan keselamatan di ibu kota Lubnan iaitu Beirut, lapor agensi berita Al Jazeera.

Saluran televisyen tempatan menunjukkan, sebelum penunjuk perasaan berhimpun berhampiran jalan menuju ke Parlimen, puluhan daripada mereka melemparkan batu, papan tanda lalu lintas serta dahan pokok ke atas pasukan keselamatan yang menjaga institusi kerajaan.

Sebagai tindak balas, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata serta meriam air melepasi pagar besi bagi menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan yang berusaha ke Martyrs’ Square, semalam.

Penunjuk perasaan menegaskan bahawa mereka tidak akan berundur malah akan terus menuntut perubahan.

“Sekiranya keadaan tidak berubah, kehidupan (di Lubnan) tidak nilai. Kami berada dalam krisis ekonomi dan mereka (ahli politik) membuktikan bahawa mereka adalah kegagalan yang sebenar. Kami tidak mempunyai apa-apa,” kata seorang penunjuk perasaan di Beirut.

Persatuan Bulan Sabit Merah memaklumkan, lebih daripada 160 orang dari kedua-dua pihak cedera dalam pertempuran berkenaan.

“Lebih 65 orang… telah dibawa ke hospital berdekatan dan lebih daripada 100 orang dirawat di tempat kejadian,” kata seorang jurucakap persatuan itu.

Lubnan telah digegar oleh tunjuk perasaan besar-besaran dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini bagi membantah pelan untuk menaikkan cukai.

Kekacauan itu memaksa Perdana Menteri, Saad Hariri meletak jawatan pada 29 Oktober tanpa kemajuan dalam usaha mencapai kata sepakat berhubung pembentukan kerajaan baharu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close