Berita UtamaPendapat

Rahmatan Lil Alamin makin lunak bila babitkan isu akidah?

Biasanya golongan liberal selalu serang JAKIM dalam pelbagai isu

1. SURAT yang dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah KPM bertarikh 13 Januari 2020 jelas menyatakan bahawa HARAM bagi muslim meraikan perayaan Ponggal.

2. Keputusan ini adalah berteraskan Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM yang diputuskan pada 8 & 9 April 2019. Mesyuarat turut menjelaskan bahawa acara memasak Nasi Susu mestilah dijauhi oleh Muslim.

3. Anehnya, keputusan yang diputuskan oleh Panel Pakar Syariah ini dipertikaikan oleh muslim sendiri, bahkan ada yang mengancam untuk mengenakan tindakan tegas.

4. Pada kebiasaannya, golongan liberal yang dilihat selalu menyerang JAKIM dalam pelbagai isu. Adakah kita semakin bersikap longgar dalam isu akidah umat Islam seperti yang dipegang oleh golongan liberal?

5. Atau adakah konsep Rahmatan Lil Alamin mendidik kita menjadi sangat lunak dengan kekufuran terutama dalam isu yang melibatkan akidah umat Islam?

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close