Berita UtamaPendapat

Isu PSS, warga asing faktor peralihan undi di Kimanis

Prestasi kerajaan negeri, aura Shafie Afdal kurang menyerlah

KEPUTUSAN telah menunjukkan Barisan Nasional (BN) kekalkan kerusi tersebut dengan peningkatan majoriti kepada 2,029 undi. Syabas diucapkan.

Semoga Mohamad Alamin menjadi wakil rakyat yang berkhidmat kepada rakyat, memperjuangkan hak Bumiputra Sabah yang dijamin Perlembagaan, serta menjadi ejen semak dan imbang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Warisan.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihanraya melalui pos peti undi mengikut PDM, GPS dapat menyimpulkan beberapa perkara :

1) Purata peralihan undi kepada BN sebanyak 8% dengan peralihan minima dalam kalangan pengundi Muslim Bumiputera.

2) Anggaran 10-12 peratus peralihan undi Kadazandusun-Murut (KDM) dan orang Cina. PDM Simpangan yang majoritinya 73 peratus pengundi KDM dan 15 peratus pengundi Cina telah buktikan undi Warisan menyusut 60 peratus kepada 49 peratus, yakni menang tipis.

3) Jumlah turun undi yang kami anggarkan tidak berapa tepat dan mungkin kerana tidak dapat data berkenaan jumlah pengundi luar. Lebih kurang 20 peratus pengundi Kimanis duduk di luar kawasan Perlimen Kimanis. Jumlah turun mengundi hanya kurang 6 peratus dari jumlah turun mengundi PRU14. Ini menunjukkan satu memorandum pengundi luar dan tempatan Kimanis menyatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri berprestasi rendah.

4) 52 peratus dari soal selidik sebelum ini mengatakan tidak pasti berkenaan perbandingan prestasi antara kerajaan dulu dan sekarang. Akhirnya majoriti pengundi atas pagar ini memihak kepada BN.

5) Isu Pas Sementara Sabah (PSS) dan warga asing dari soal selidik juga yang menunjukkan ia berada di tangga kedua dalam kebimbangan pengundi setelah isu ekonomi. Ini menunjukkan isu PSS adalah faktor utama kepada peralihan undi, di samping prestasi kerajaan negeri dan aura Shafie Afdal yang kurang menyerlah.

Kesimpulan

1) Pola pengundian di Kimanis jika dijadikan asas simulasi PRU15 akan datang, bermaksud UMNO boleh kekalkan kerusi Kinabatangan & Kimanis, dan mengambil semula kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14 tetapi Ahli Parlimennya lompat ke parti PPBM seperti di Beaufort, Libaran, Sipitang dan Beluran.

2) Dalam masa yang sama, UMNO juga boleh rampas semula kerusi Papar yang dimenangi Warisan pada PRU14. PPBM yang mungkin bertanding di kerusi DUN UMNO tak dapat satu pun kerusi DUN, jika diambil pola pengundian Kimanis.

3) UMNO Sabah yang lumpuh kerana ditimpa ‘batu-bata’ setiap hari berjaya bangkit. Pelompatan parti bukanlah isu besar, kerana akhirnya prestasi pentadbiran parti politik jugalah menentukan semuanya.

4) UMNO Sabah masih relevan dan diterima rakyat Sabah sebagai parti alternatif perjuangkan rakyat Sabah. Ini juga bukan bermakna pengakhiran buat Warisan. Warisan perlu tingkatkan prestasi kerajaan supaya pola perubahan undi ini tidak berlarutan.

Arif Anwar
Ketua Kajian Lapangan Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close