Berita UtamaUtama

Berundurlah Mujahid…

Menteri agama keterlaluan, sanggup rendahkan moral demi Dong Zong

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 23 Jamadilawal 1441H, Ahad – Lebih baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa berundur dan menyerahkan jawatan berkenaan kepada individu yang lebih layak untuk melindungi agama Islam.

Ketua Perhubungan Negeri Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka, Ustaz Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, sejak Mujahid dilantik sebagai menteri agama kerajaan Pakatan Harapan (PH), pendirian beliau lebih cenderung menjaga agama kaum lain berbanding Islam.

Merujuk beberapa isu sebelum ini, beliau hairan apabila pemimpin berkenaan lebih gemar bercakap bagi pihak agama lain, termasuk cuba ‘membersihkan’ pertubuhan tertentu yang bersifat ekstrem dan antinasional.

“Mujahid bercakap bagi pihak siapa sebenarnya? Kenapa beliau sanggup merendahkan moral sendiri dengan ‘membersihkan’ Dong Jiao Zong yang mahu menghapuskan identiti teras negara?

“Nampak beliau tidak lagi bercakap mewakil majoriti Melayu, Islam di negara ini. Ingatlah, rakyat menilai segala tindakan anda, tunggulah keputusan PRU15 nanti,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Baru-baru ini, Mujahid kembali mencetuskan kontroversi kerana mempertahankan Dong Zong yang didakwanya bukan pertubuhan rasis, selepas pertemuannya dengan kumpulan pendesak Cina itu Rabu lalu.

Kenyataan Mujahid ternyata dikritik pelbagai pihak, kerana jelas bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Dong Zong sebuah pertubuhan rasis.

Kenyataan kontroversi seumpama itu bukanlah pertama kali dibuat oleh menteri agama berkenaan, sebaliknya sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan pendirian yang ‘janggal’ bagi umat Islam.

Ia termasuklah kenyataan yang membenarkan golongan transgender menggunakan tandas wanita, isu membabitkan etnik muslim Uyghur di Xinjiang, hujahnya yang menentang kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan gesaan tindakan tegas ke atas pekeliling mengharamkan pesta ponggal dirai di sekolah.

Bimbang kedudukan Islam semakin ‘lemah’, Mohd Khoushaini menggesa Mujahid supaya berundur secara baik demi keharmonian dan kestabilan kaum di negara ini.

“Kenyataan beliau sangat menyakitkan hati rakyat, terutama orang Islam, selain boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close