Berita UtamaUtama

Angin kencang landa perairan Condore esok

MetMalaysia maklum, kelajuan angin dari 40 hingga 50 km sejam

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilawal 1441H, Ahad – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer (km) sejam, dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore, bermula esok sehingga Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam dan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka turut melanda kawasan perairan Reef North, Reef South, Layang-Layang, utara Bunguran, timur Samui dan Tioman bermula esok sehingga Rabu ini.

“Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Bunguran sehingga 6 petang ini.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak Barat, sehingga tempoh yang sama.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora, dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close