Berita UtamaUtama

Dong Zong sanggup `mati’ pertahan pendidikan Cina

Mereka akui jawi agenda Islamisasi, guna hujah buku Sejarah Tahun 5

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 22 Jamadilawal 1441H, Sabtu – Kumpulan radikal Cina, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan bermati-matian mempertahankan sistem pendidikan Cina, termasuk menolak asimilasi untuk berada dalam identiti nasional.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, walaupun Penyata Razak menyebut mengenai pendidikan satu aliran, Dong Zong kekal berkeras menolak asimilasi dan mahu terus ‘sehidup semati’ dengan pendidikan Cina.

Perkara itu dikongsikan beliau pada Forum Sudut Pandang (Siri 1-2020), ketika mengadakan pertemuan antara iGuru dan Dong Zong pada 7 Januari lalu.

Mohd Azizee mengakui, polemik pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular timbul berikutan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertahankan dasar yang telah diputuskan.

“Kesilapan paling besar adalah dari KPM, kerana gagal mempertahankan dasar-dasar yang diputuskan dan perundingan awal selama lima bulan tidak mendapat kata sepakat di antara pihak kementerian dan Dong Zong.

“Dong Zong takut bila belajar jawi, kerana bimbang kecairan berlaku dalam kalangan pelajarnya. Ini kerana pembelajaran BM (Bahasa Melayu), tulisan jawi sudah ada di Tahun 5 dan Tahun 6.

“Dan KPM nak gubal untuk Tahun 4 pula, sebab itu mereka tolak, apatah lagi berlaku kekeliruan pula dengan adanya tulisan khat,” katanya.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf mendakwa, Dong Zong bersetuju tulisan jawi bukan agenda Islamisasi, Mohd Azizee bagaimanapun berkata, perkara itu sebenarnya diakui sendiri oleh pertubuhan ekstrem berkenaan.

“Ketika pertemuan itu, mereka mengakui tulisan jawi itu sebahagian agenda Islamisasi dengan menggunakan hujah dari buku Sejarah Tahun 5.

“Dalam buku itu menyebut, tulisan jawi satu bentuk penyebaran dakwah Islam. Oleh sebab itu, polemiknya berterusan dengan semangat cauvinis kaum Cina, mereka tetap menolak tulisan jawi,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close