Berita UtamaUtama

APMM Tawau tahan 24 warga Filipina melalui perairan

Dilapor cuba keluar negeri naik sebuah bot pam jam 2.30 pagi

TAWAU, 22 Jamadilawal 1441H, Sabtu – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Tawau menahan 24 warga Filipina, yang cuba menyeludup keluar Tawau melalui perairan Membalua dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Tawau, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot peronda APMM yang melakukan rondaan Operasi Pluto Timur di perairan Tawau telah mengesan dan menahan sebuah bot pam kira-kira empat batu nautika dari sungai Membalua kira-kira 2.30 pagi.

“Menyedari kahadiran APMM, juragan bot pam itu terus terjun ke laut untuk melarikan diri tanpa menghiraukan penumpang lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati 11 lelaki dewasa, tiga wanita, enam kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan berumur dua hingga 57 tahun berada di dalam bot itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Siva Kumar berkata, siasatan lanjut turut menemukan 35 tong plastik berisi 25 liter minyak petrol setiap satu dan empat tong gas petroleum cecair (LPG).

“Berdasarkan pengakuan lisan, setiap penumpang memberitahu mereka dikenakan bayaran sebanyak RM350 seorang untuk ke satu pulau di Filipina,” katanya.

Siva Kumar berkata, pihaknya turut menyiasat dalang yang memainkan peranan mengaturkan perjalanan warga Filipina itu.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close