Berita PilihanBerita UtamaUtama

Amaran ribut petir di beberapa buah negeri

Antaranya Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan

KUALA LUMPUR, 22 Jamadilawal 1441H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 3 pagi esok. ​​​​​​

Menurut kenyataan MetMalaysia malam ini, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan manakala, Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu.

Di Sarawak, enam daerah diramal terjejas ialah Kuching, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang manakala di Sabah membabitkan pendalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan dan Pantai Barat dan Sandakan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close