Berita UtamaDuniaUtama

830 penerbangan dibatalkan susulan salji tebal

Ribut salji landa Chicago, perkhidmatan cuaca beri amaran jalan bahaya

MOSCOW, 22 Jamadilawal 1441H, Sabtu – Lebih 830 penerbangan telah dibatalkan di lapangan terbang Chicago susulan salji tebal, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Jabatan Penerbangan Chicago.

Menurut jabatan itu, sejumlah 686 penerbangan telah dibatalkan pada Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare manakala 169 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Midway.

Kira-kira 470 penerbangan mengalami kelewatan susulan salji lebat.

Ribut salji melanda Chicago pada Jumaat petang. Perkhidmatan Cuaca Negara telah memberi amaran berkaitan keadaan jalan yang berbahaya susulan salji tebal itu.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close