Berita UtamaUtama

Ponggal: Tak boleh kompromi jika babit isu akidah

Umat Islam mesti tamayuz, ada cara hidup yang diatur oleh Allah

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 21 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Garis panduan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan sudah cukup jelas untuk umat Islam lebih berhati-hati apabila terbabit dalam meraikan perayaan yang berkait dengan agama lain.

Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Muhammad Rusdi Alias berkata, pesta Ponggal ada membabitkan kepercayaan penganut Hindu kepada dewa mereka, justeru orang Islam sepatutnya tidak berkompromi dalam isu akidah dan kepercayaan ini.

“Orang Islam mesti bersifat tamayuz ataupun berbeza dengan penganut agama lain kerana mereka ada pegangan, kepercayaan, akhlak, dan cara hidup mereka sendiri yang telah diatur oleh

“Tasyabbuh atau meniru pengamalan yang berkait dengan kepercayaan dan ibadah agama lain adalah dilarang di dalam Islam,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Rusdi Alias yang juga pakar dalam bidang bahasa Arab menegaskan tidak timbul isu tidak menghormati perayaan agama, kerana penduduk Malaysia sudah sekian lama hormat-menghormati sesama mereka termasuk yang berlainan agama.

“Tidak pernah berlaku umat Islam di Malaysia ini menghalang penganut agama lain mengamalkan kepercayaan agama selain Islam. Sikap hormat dan bertolak ansur umat Islam di negara ini berada pada tahap yang terbaik sekali,” katanya.

Bahkan katanya, banyak kekeliruan berlaku sekarang ini akibat tidak memahami dan berasa izzah (mulia diri) dengan agama Islam sebenar.

“Justeru, saya menyeru muslimin muslimat supaya berasa izzah dengan agama Islam kerana ia adalah agama yang diredai Allah.

“Saya juga merayu kepada ulama, pendakwah serta NGO Islam untuk memperkasakan dakwah Islamiyyah, turun ke akar umbi masyarakat untuk mendekatkan dan mengajarkan mereka mengenai hukum-hakam Islam dengan sebaiknya, sekali gus dapat membimbing serta memahamkan mereka mengenai tuntutan agama,” katanya yang juga pengasas Akademi Bahasa Arab Hud Hud.

Pesta Ponggal adalah perayaan sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ia bukan amalan budaya sebaliknya adalah berunsur keagamaan Hindu.

‘Al-Afkar #39: Muslim menyertai pesta Ponggal’ terbitan Mufti Wilayah Persekutuan, menjelaskan bahawa secara asasnya umat Islam adalah dilarang menghadiri dan menyertai pesta Ponggal yang disambut dalam kalangan masyarakat beragama Hindu kerana ia adalah perayaan keagamaan.

Al-Afkar turut menjelaskan bahawa orang Islam dilarang untuk terbabit dalam program memasak nasi susu kerana ia masih dalam ruang lingkup upacara keagamaan, kerana asalnya, ia adalah makanan yang dipersembahkan untuk Dewa Surya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close