Berita UtamaUtama

Petrol RON97 turun 9 sen

Harga RON95, diesel masih kekal

KUALA LUMPUR, 21 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Harga runcit petrol RON97 turun 9 sen kepada RM2.53 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 24 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya ialah masing-masing RM2.23 dan RM2.33 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.32 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.46 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 18 Januari sehingga 24 Januari 2020 berjumlah RM74.70 juta.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close