Berita UtamaUtama

Pemimpin Islam seperti hilang ‘nafsu’ memerintah

Penting faham sebab hegemoni Amerika bersungguh rebut kuasa

BANGI, 21 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Umat Islam mempunyai hak hegemoni – pengaruh kuasa yang mendapat keakuran rakyat secara sukarela – di negara mereka sendiri, kata Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim.

Namun malangnya, pemimpin Islam di negara ini seolah-olah hilang ‘nafsu’ untuk berkuasa, bahkan sanggup melepaskan kuasa kepada pihak lain sedangkan mereka yang sepatutnya memerintah.

Beliau yang memetik potongan ayat 30 surah Al-Baqarah kemudiannya berkata, umat Islam seolah-olah reda kuasa yang sepatutnya dipegang dilepaskan kepada mereka yang tidak layak.

“Kementerian Kewangan, Pertahanan dan sebagainya kita lepaskan sama ada kepada orang bukan Islam atau tidak layak.

“Jadi sebenarnya penting umat Islam lihat mengapa hegemoni Amerika Syarikat (AS) bersungguh-sungguh untuk dapat kuasa.

“Justeru, umat Islam sepatutnya melihat semula apa yang terjadi kepada kepimpinan kita,” katanya ketika temubual Global Pertiwi TV Pertiwi bertajuk ‘Sulemani: Mujahid atau petualang’, di sini, semalam.

Ustaz Haji Omar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan AS serta Iran yang seolah-olah mahu menguasai Timur Tengah.

Berbalik kepada tajuk yang dibincangkan, beliau memberi peringatan kepada rakyat supaya memahami serta mengenal siapa sebenarnya rakan yang boleh dikaitkan dengan persahabatan dan musuh.

“Jika kita salah dalam mengenal rakan dan musuh, akhirnya kita boleh dipergunakan oleh pihak lain dan perkara ini membawa kerugian besar, bukan hanya kepada diri kita secara peribadi malah kepada bangsa dan negara.

“Lebih penting lagi untuk memahami situasi ini adalah pimpinan kita sendiri. Kerajaan mesti tahu dan faham kerana itu penting apa sahaja pemilihan baik pilihan raya dan sebagainya.

“Yang jelas kita memilih individu yang betul dan faham permainan politik antarabangsa dengan keadaan dunia yang amat mencabar hari ini,” kata beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close