Berita UtamaPendapatUtama

Jangan cabar institusi Diraja!

Sesiapa sahaja menghina, mencaci wajar dikenakan hukuman berat

MALAYSIA mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem persekutuan.

Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia.

Sebagai sebuah negara raja berperlembagaan, diperuntukkan oleh Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-Raja yang mana Raja-Raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Raja-Raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

Dan atas sebab musabab tersebut di atas, maka semua warga negara berdaulat ini menjunjung tinggi dan menghormati ketua negara kita termasuk Permaisuri Agong.

Barang siapa yang mempermainkan, menghina, mencaci maki institusi Diraja Malaysia, maka wajar diberikan tindakan dan hukuman yang berat.

Pemuda ISMA memohon pihak berkuasa memberikan penerangan jelas, kepada seluruh rakyat Malaysia berkenaan hal ini.

Juga mengambil tindakan tegas kepada sesiapa pun yang menghina institusi diraja.

Kerana nampaknya sejak akhir-akhir ini, semakin ramai yang memberikan komen jelek dan pelik ke atas institusi diraja kita yang merupakan antara tiang seri negara berdaulat ini.

Usah bermain dengan api, kelak akan membakar diri!

Soufi Anual
Ketua Pemuda ISMA
Melaka Tengah

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close