Berita UtamaPendapatUtama

Pengaruh Shafie Apdal kurang

Populariti Shafie hanya 43 peratus beza 5 peratus dengan Dr M

PERBANDINGAN soal selidik Sandakan (Pantai Timur) Dan Kimanis (Pantai Barat) adalah berbeza.

Sememangnya Shafie Afdal amat berpengaruh di Pantai Timur dan disebabkan itu DAP menang di PRK Sandakan, malah bertambah majoriti & sokongan Muslim berketurunan Bajau ke mereka.

Hal ini terbukti 55 peratus berpuas hati dengan kerajaan negeri.

Akan tetapi hanya 35 peratus rakyat Kimanis yang terletak di Pantai Barat berpuashati dengan kerajaan negeri.

Begitu juga dengan populariti Shafie Afdal hanyalah pada kadar 43 peratus berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak 48 peratus.

 

49 peratus Rakyat Kimanis juga menyokong kemasukan BERSATU ke Sabah manakala 11 peratus menentang dan hanya mahu parti WARISAN.

Walaupun BERSATU dan WARISAN mempunyai objektif yang lebih kurang sama iaitu memperjuang hak masyarakat Sabah, namun WARISAN mahu dilihat lebih setempat atau ‘Sabah for Sabahan’.

Keputusan survey melihatkan seruan Shafie Apdal masih belum membekas di kalangan pengundi Kimanis, dan mereka masih terbuka dengan parti dari Semenanjung.

Kadar puashati terhadap kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal yang rendah mungkin disebabkan pengundi Kimanis masih tunggu dan lihat dengan prestasi kerajaan negeri.

Mereka juga mungkin merasakan prestasi baik dan buruk antara Barisan Nasional (BN) dulu dengan WARISAN sekarang tidak ada bezanya.

Arif Anwar
Ketua Kajian Gerakan Pengundi Sedar

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close