Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Mujahid bela Dong Jiao Zong?

Sidang media cakap Mandarin. Rakyat Malaysia atau China?

BANGI, 20 Jamadilawal 1441H, Khamis – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung pelik apabila Datuk Seri Dr Mujahid Yusof seperti mempertahan Dong Jiao Zong, apabila mengatakan pertubuhan pendesak Cina itu tidak menentang pembelajaran tulisan jawi.

Firdaus yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, sebelum ini Dong Jiao Zong sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menolak tulisan jawi kerana takutkan Islamisasi.

“Andai kenyataan menteri agama itu memang pendirian Dong Zong bahawa mereka tak tolak jawi, maka Dong Zong menipu dalam salah satu kenyataan mereka kerana kedua-duanya bercanggah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau kesal kerana Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berucap dalam Bahasa Mandarin dalam satu sidang media semalam selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang memalukan.

“Dia rakyat Malaysia atau rakyat China? Inikah yang dibanggakan oleh Dong Zong sehingga yang mewakili persatuan mereka perlu berucap mandarin? Memalukan.

“Baru tiga muka surat dah seperti dunia nan kiamat! Muslim tak nak ucap dan raikan Krismas dan raikan Ponggal, dah macam Perang Dunia Ketiga,” katanya.

Semalam, Dong Zong bersama 11 NGO lain mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya, bagi membincangkan isu tulisan jawi dalam pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Mujahid dilaporkan berkata, Dong Zong bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam, meskipun kumpulan itu pernah menyatakan ia sebahagian daripada agenda Islamisasi.

Sebelum ini, pertubuhan radikal Cina itu mencetuskan ‘masalah’ apabila menentang keputusan KPM apabila memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap teks pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ dalam jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada nota ringgit serta ‘Malaysia’ pada setem.

Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng berkata, wujud rasa takut di kalangan ahli kumpulan penubuhan berkenaan bahawa pengajaran jawi di sekolah vernakular akan ‘mengislamkan’ murid.

Beliau berkata demikian, meskipun mengakui pengalaman belajar jawi ketika di sekolah dahulu tidak pun menukar agamanya kepada Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close