Berita Utama

Mahkamah benar Arul Kanda jadi saksi dalam perbicaraan laporan audit 1MDB Najib

Terdapat bukti Arul tahu perbualan dengan Najib mengenai dua mesyuarat audit

KUALA LUMPUR, 24 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi berdasarkan Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah teratur.

Beliau berkata, terdapat bukti untuk menunjukkan Arul Kanda mengetahui perbualan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dua mesyuarat mengenai audit 1MDB yang berlaku pada 2016.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button