Berita PilihanBerita UtamaTarbiyyahUtama

Murabbi bukan muallim

Murabbi didik, ukir peribadi murid, beri kesan mendalam

1. MURABBI bukan sekadar muallim (pengajar). Murobbi juga bukan seorang qoid (pemimpin) sahaja. Tetapi Murobbi itu besar maknanya. Ia mendidik.

Ia mendidik kepada Allah, Rabb Tuhannya. Ia mendidik mengenal Rasul dan perjuangannya. Ia mendidik hingga anak didiknya menjadi sepertinya juga, seorang Murabbi.

2. Ada pendakwah menyarung pakaian Murabbi hanya sekadar menyarung pakaian kerja ke tempat kerja. Dia pergi kerja, kemudian balik kerja, dibuka pakaiannya dan disimpan di rak baju.

Murabbi seperti ini culas dalam mendidik mutarobbi (anak didiknya). Ia khususkan masa liqonya sahaja untuk mendidik tanpa bermuayyasyah tafhim diluar.

Ia anggap dirinya seperti muallim, seorang guru yang masuk kelas dan selepas tamat kelas, anak muridnya dilupakan terus dari kepala dan interaksinya.

3. Menjadi Murabbi perlu diberikan masa untuk mendidik. Tidak semua mutarabbi sama.

Ada yang perlukan fokus dan perhatian yang lebih. Diziarahi, diajak bersembang, diajak berjaulah dan bahkan diajak tidur (mabit) bersama.

Dalam muayyasyah inilah, Murabbi menyampaikan tafhim (kefahaman) untuk meningkatkan anak didiknya hingga akhir sekali iltizamnya kuat dalam perjuangan dan tarbiyyah dzatiyyahnya mampu menjaga dirinya.

4. Kepala murabbi hari ke hari, penuh dengan fikiran tentang anak didiknya. Berfikir bagaimana ingin mengikis jahiliah.

Berfikir bagaimana ingin meningkatkan peribadi. Berfikir bagaimana ingin menjadikan anak didiknya mujahid sebenar sebagai sosok tubuh sempurna TuhanNya.

Sebab itu murobbi sentiasa mencari peluang utk muayyasyah dan tafhim anak didiknya.

Tetapi.jika murabbi hanyalah fikir anak didiknya ketika usrah sahaja, murabbi itu sebenarnya gagal.

5. Rasulullah ﷺ Murabbi yang Agung. Rasulullah ﷺ mendidik mutarobbinya (sahabatnya) masa ke masa dan saat ke saat.

Bukan hanya dalam liqo taklim di masjid, bahkan setiap inci gerak gerinya, Rasulullah ﷺ mendidik cara hidup Islam sebenar.

Dari sekecil perkara cerita ditandas hingga ke cerita pemerintahan negara.

Dari cerita didalam bilik suami isteri, sehingga keharmonian bersama jiran dan masyarakat.

Dari saat senang kelapangan hati hingga saat susah tekanan ujian. Dari medan damai dakwah hingga medan perang berdarah. Dari kejahiliahan sikap dunia hingga kepada kesempurnaan pejuang mulia.

Setiap inci kehidupan dididik rapat bersama dengan sahabat (mutarobbinya). Sangat rapat. Ditegur, diajar, diarah, diiqob didik, dan disayangi.

6. Begitulah gambaran murabbi sebenar yang harus ada dalam jiwa mereka yang bergelar murabbi. Murabbi itu عيش aisy (hidup) معايشة muayyasyah (bergaul) dengan mutarabbi mereka.

Murabbi itu mendidik, tafhim dan mengukir peribadi anak buahnya sehingga memberi kesan yang sangat mendalam. Benarlah pepatah mahsyur berbunyi,

“لَوْلاَ مُرَبِّي مَا عَرَفْتُ ربي”

“Jika tidak kerana Murabbi, aku takkan kenal siapa Rabbi (Allah)”

Adakah Anda Murabbi atau Muallim ?

Muhammad Nukman B Ab Halim
Biro Pengkaderan Pusat

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close