Berita UtamaIstimewaUtama

Bagaimana integrasi tercapai jika anak Melayu ke SJKC?

Perkasa sekolah kebangsaan, satu aliran jadi mekanisme perpaduan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 19 Jamadilawal 1441H, Rabu – Bagaimana negara mampu mencapai integrasi nasional jika bangsa asal yang juga rakyat majoriti lebih berminat menghantar anak ke sekolah jenis aliran Cina.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Zaizul Azizi Zaman berkata, kerajaan sepatutnya berusaha memperkasakan sekolah kebangsaan atau satu aliran untuk menjadi satu mekanisme integrasi.

Beliau berkata, integrasi nasional hanya boleh dicapai sekiranya sistem pendidikan diintegrasikan, bukan dibiarkan berpecah dan terpisah.

“Kenapa kita nak capai integrasi melalui kehendak bangsa asal memahami bangsa asing? Integrasi nasional perlu bertunjangkan identiti bangsa asal.

“Saya percaya orang Cina di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) tidak akan paksa bahasa Mandarin jadi bahasa kebangsaan. Jadi, kenapa kita perlu capai integrasi melalui SJKC?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, satu artikel yang disiarkan Ismaweb.net bertajuk ‘Sekolah aliran Cina ganti sekolah kebangsaan?’, meluahkan kebimbangan terhadap dominasi sistem pendidikan Cina di negara ini.

Artikel yang ditulis Ketua Editor Fokus, Asyraf Farique itu menyatakan, data peratusan pelajar Melayu yang mendaftar di sekolah Cina meningkat setiap tahun.

“Situasi ini sangat membimbangkan, jika tiada sebarang langkah drastik dan struktural yang dilakukan oleh pemegang taruh, sistem pendidikan kebangsaan bakal terhapus tidak lama lagi,” kata Asyraf.

Turut meluahkan kebimbangan yang sama, Zaizul yang juga aktivis masyarakat berkata, sudah tiba masanya kerajaan sekarang mengambil serius isu integrasi nasional dalam erti kata sebenar.

“Setelah lebih 60 tahun merdeka, kita masih gagal mencapai integrasi, sebaliknya setiap kaum mengembangkan identiti sendiri yang menjadi penghalang kepada integrasi.

“Contoh yang kita nampak hari ini, bagaimana boleh lahir generasi ketiga bangsa Cina yang tidak mampu bertutur langsung dalam Bahasa Kebangsaan? Macam mana kita nak capai integrasi kalau pada peringkat komunikasi asas pun gagal mewujudkan satu bahasa yang boleh dikongsi bersama,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close