Berita UtamaPendapatUtama

Sekolah aliran Cina ganti sekolah kebangsaan?

Perjuangan pendidikan Cina digerakkan aktor diaspora, dipayungi China

1. SEJAK sebelum merdeka lagi, sistem pendidikan Cina tidak pernah berintegrasi dalam sistem pendidikan kebangsaan. Mereka mempunyai sistem pendidikan tersendiri.

2. Jika kita sorot kembali perkembangan sekolah Cina di Tanah Melayu sebelum merdeka, kita akan lihat dalam beberapa fasa. Fasa pertama; 1891-1911 , sekolah Cina digunakan sebagai alat propaganda politik oleh kerajaan Manchu. Mana-mana sekolah Cina yang hendak ditubuhkan hendaklah didaftarkan di bawah kementerian pendidikan di Peking.

3. Kemudian, fasa 1911 – 1941 sekolah Cina mula diresapi pengaruh daripada Koumintang. Pada tahun 1929 semua sekolah cina dan guru di Tanah Melayu diarah supaya berdaftar dengan jabatan pelajaran di Nanjing. Buku teks dan silibus pembelajaran adalah dari sana. Digunakan sebagai medium sokongan kepada perjuangan revolusi Sun Yat Sen.

4. Selepas tahun 1941, MCA dan beberapa persatuan Cina seperti dewan perniagaan Cina, Dong Zong, Jia Zong menjadi pelopor kepada perjuangan pendidikan ini. Pada hemat saya, dengan bertambahnya kekuatan ekonomi dan politik cina di Tanah Melayu, sekolah Cina sukar untuk terhapus.

5. Hubungan yang erat antara Dong Zong dan kerajaan China serta lobi berterusan daripada persatuan-persatuan Cina dan sokongan dari taikun-taikun Cina yang juga merupakan pendana utama parti-parti politik, menyebabkan pendidikan Cina merupakan satu lobi yang sangat kuat, dan barang siapa yang menjadi kerajaan harus menerima desakan ini.

6. Perjuangan pendidikan Cina ini, bukan hanya bersifat lokal. Ia adalah perjuangan transnasional digerakkan oleh aktor diaspora Cina dari serata dunia dan dipayungi oleh China sebagai kuasa besar dunia. (Terdapat persaingan antara China dan juga Taiwan dalam hal ini untuk meraih sokongan) dengan kekuatan ekonomi, mereka boleh melobi kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara supaya menerima sistem pendidikan Cina yang mereka perjuangkan.

7. Sedikit demi sedikit sistem pendidikan kebangsaan akan semakin terhapus dan tidak mustahil satu hari nanti, sistem pendidikan Cina menjadi dominan dalam arus pendidikan di negara kita. Data menunjukkan, saban tahun peratusan pelajar Melayu yang mendaftar di sekolah Cina semakin meningkat.

8. Situasi ini sangat membimbangkan, jika tiada sebarang langkah drastik dan struktural yang dilakukan oleh pemegang taruh, sistem pendidikan kebangsaan bakal terhapus tidak lama lagi.

Asyraf Farique
Ketua Editor Fokus

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close