Berita UtamaUtama

Keputusan STAM Rabu depan

Calon boleh dapatkan keputusan dari pihak sekolah jam 10 pagi

PUTRAJAYA, 18 Jamadilawal 1441H, Selasa – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 akan dikeluarkan pada 22 Januari ini (Rabu).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, seramai 9,826 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan itu pada 2019 di 234 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja.

Daripada jumlah tersebut, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan ialah seramai 2,854 orang; sekolah menengah agama negeri (4,540); sekolah menengah agama rakyat (709), sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (87); calon persendirian (1,497); dan calon luar Kemboja (139).

KPM berkata, calon boleh mendapatkan keputusan STAM daripada sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu, katanya.

KPM berkata, semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui SMS dengan menaip STAMAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi 22 Januari dan akan ditamatkan pada 6 petang 28 Januari.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close