Berita UtamaDuniaUtama

Israel pindahkan 33 anak-anak Palestin ke penjara ‘terburuk’

Damoun sel penjara yang langsung tak sediakan keperluan harian

BAITULMAQDIS, 18 Jamadilawal 1441H, Selasa – Tindakan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) memindahkan 33 orang tahanan kanak-kanak Palestin dari penjara Ofer ke Damoun, semalam tanpa kehadiran wakil dewasa – satu tindakan yang dikecam oleh aktivis Palestin dan organisasi sivil.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memberi amaran bahawa tindakan itu menjejaskan tanggungjawab hak penjaga di bawah umur.

“Langkah ini meletakkan kanak-kanak berisiko terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang oleh IPS dengan ketiadaan penjaga mereka,” kata PPS.

Sementera itu, Penyelidik Pusat Kajian Tahanan Palestin, Amina al-Tawil menegaskan bahawa pemindahan itu melanggar undang-undang yang menyatakan tahanan di bawah umur 18 tahun tidak boleh dipindahkan dari satu penjara ke penjara yang lain tanpa wakil dewasa mereka.

Bahkan kata beliau, langkah itu mendatangkan risiko untuk didera secara fizikal oleh tentera rejim pengganas Israel sekali gus meletakkan nyawa kanak-kanak dalam bahaya.

“Damoun adalah salah satu penjara terburuk. Menurut tahanan yang dibebaskan sebelum ini, mereka menghabiskan masa di sana, dengan sel penjara tidak sesuai untuk manusia, serta tidak menyediakan keperluan harian,” kata al-Tawil.

Menurut kumpulan hak asasi tawanan Addameer, lebih daripada 12,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh tentera Israel sejak tahun 2000, dan dilayan sama seperti tahanan dewasa Palestin.

Penubuhan kemanusiaan seperti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah lama mendokumentasikan pelanggaran Israel terhadap kanak-kanak Palestin, yang didakwa di mahkamah tentera Israel.

Menyoal siasat kanak-kanak Palestin tanpa kehadiran ibu bapa atau penjaga mereka adalah amalan biasa digunakan tentera Israel dan kebanyakannya dilaporkan dipaksa menandatangani perakuan ditulis dan bahasa Ibrani – bahasa yang tidak difahami kanak-kanak Palestin.- Agensi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close