Berita UtamaDuniaUtama

Gunung Berapi Taal tahap 4, lebih 5,000 keluarga dipindahkan

Letupan berbahaya tahap 5 mungkin berlaku pada bila-bila masa

MANILA, 18 Jamadilawal 1441H, Selasa – Sekurang-kurangnya 5,458 keluarga, atau 24,508 orang, di wilayah Batangas dan Cavite dipindahkan susulan amaran Gunung Berapi Taal yang terus memuntahkan asap tebal, semalam.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata, abu letupan dan stim dicatatkan sehingga 15,000 meter ke udara pada hari Ahad.

Rangkaian Seismik Filipina pula telah mencatatkan 144 gempa bumi gunung berapi di rantau Taal sejak 1 petang pada hari yang sama.

Tahap amaran 4 masih berkuat kuasa ke atas gunung berapi ketika ini, yang bermaksud letupan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa jam sehingga hari.

Ia belum memasuki peringkat kelima, iaitu tahap tertinggi, di mana letusan gunung berapi akan melanda bila-bila masa, dan mengakibatkan impak pada radius kawasan yang jauh lebih besar.

Pun begitu, terdapat laporan bahawa kawasan berhampiran gunung berapi yang ditinggalkan diliputi abu, dan beberapa buah rumah telah musnah.

Sementara itu, beribu-ribu penumpang masih terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino walaupun ia meneruskan operasi separa dari jam 10 pagi pada hari Isnin.

Setiausaha Pertahanan Nasional, Delfin Lorenzana mengatakan senario terburuk adalah bahawa ia akan meletus pada skala serupa dengan letusan Gunung Pinatubo pada tahun 1991 yang membunuh 800 orang dan menyebabkan 200,000 orang kehilangan tempat tinggal. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close