Berita UtamaIstimewaUtama

FB Cikgu Izzat ‘diserang’ staf 99 Speedmart, ada kaitan iklan UEC

Staf dipaksa beri komen positif, 'printscreen' hantar pada 'manager'

BANGI, 18 Jamadilawal 1441H, Selasa – Sekretariat PEMBELA, Izzat Johari mendedahkan laman sosial Facebook miliknya ‘diserang’ selepas memuat naik posting berkenaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang menjadi salah satu kelayakan untuk memohon jawatan pengurus cawangan di pasar raya milik kaum Cina, 99 Speedmart.

Beliau dalam sebuah video yang disiarkan secara langsung hari ini berkata, beberapa staf pasar raya 99 Speedmart telah menghantar mesej peribadi di Facebook bagi memperbetulkan keadaan. 

Bagaimanapun, Cikgu Izzat berkata, terdapat ‘staf’ yang mendedahkan bahawa mereka menerima arahan berkenaan daripada pihak pengurusan bahkan dipaksa untuk meninggalkan komen baik berkenaan 99 Speedmart.

Mesej arahan itu adalah seperti berikut:

Dear BM/ABM/SV

Sila beri komen yang positif berkenaan isu ini.

Sila komen berkenaan bukan majoriti orang Cina yang bekerja dalam outlet 99 Speedmart dan orang yang bekerja tidak pernah diajar atau dipaksa untuk berbahasa Cina atau English.

Komen positif sekarang dan ‘screenshot’ bagi dalam group ini sekarang. Buat juga untuk group dengan staf sendiri.”

Paparan mesej yang dikirim staf 99 Speedmart kepada Cikgu Izzat.

Mengulas perkara itu, Cikgu Izzat berkata, mesej berkenaan jelas memperlihatkan betapa rasisnya pengurusan pasar raya berkenaan.

“Ini satu paksaan dan satu ugutan. Ini semua dapat maklumat daripada rakan cikgu, staf dipaksa komen dekat ‘page’ cikgu. Rata-rata yang  komen kena ‘printscreen’ komen dan hantar kepada ‘manager’. 

“Staf dipaksa komen baik-baik. Ini bukti yang sangat jelas bahawa ada ‘management’ 99 Speedmart cuba menghasut dan memaksa staf mereka,” katanya.

Cikgu Izzat berkata, beliau akan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan 99 Speedmart berhubung hal berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pemilik pasar raya itu memberi penjelasan berkenaan syarat minimum bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pengurus cawangan boleh diisi lepasan UEC.

“Saya dedahkan perkara ini bukan kerana sakit hati. Tapi saya benci dengan elemen komunis sebegini. 

“Saya nak tanya kepada ‘management’ siapa yang bagi arahan macam ini, hari Khamis ini ‘standby’ di depan kedai 99 Speedmart di Jerantut untuk dapatkan penjelasan,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam sekeping gambar yang dimuat naik Cikgu Izzat memaparkan, 99 Speedmart mengiklankan tiga jawatan kosong iaitu sebagai pengurus cawangan, juruwang dan pembantu cawangan.

Untuk pengurus cawangan, pasar raya itu meletakkan syarat minimum memiliki sijil UEC, diploma atau ijazah bagi menyandang kekosongan itu.

Untuk rekod, 99 Speedmart dimiliki seorang lelaki Cina dikenali sebagai Lee Thiam Wah.

Diasaskan pada 1993, Thiam Wah yang juga orang kurang upaya (OKU) hanya berpendidikan di peringkat sekolah rendah dan tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris.

Setakat ini, kira-kira 1,000 cawangan pasar raya itu telah dibuka di seluruh Malaysia.

https://www.ismaweb.net/2020/01/13/sejak-bila-uec-diiktiraf/

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close