Berita UtamaKolumnisUtama

Berpenat-penat untuk kemuliaan

Masa kosong berpotensi rosakkan seseorang, generasi

SESEORANG yang berusaha untuk mempertingkatkan potensi diri, membina keluarga berjaya dan memenuhi keperluan masyarakat sekeliling pastinya akan merasa sibuk, penat dan berkeinginan untuk berehat panjang. Mungkin akan timbul dalam diri persoalan kenapa aku perlu bersusah-payah memenatkan diri sendiri.

Maka di saat ini, ingatkanlah diri sendiri dengan pesanan Umar al-Khattab, ‘Sekiranya kesibukan itu memenatkan, maka masa lapang itu merosakkan’.

Ya, benar sekali bahawa masa kosong amat berpotensi untuk merosakkan seseorang, bahkan sebuah generasi. Ia adalah sebuah ungkapan untuk difikirkan bersama.

Mari bersama kita berkeringat menyuburkan pembinaan jati diri muslim dan keluarga dakwah, bersungguh-sungguh membina khair ummah dan berusaha untuk memenangkan agama yang mulia ini.

Hayati maksud kalam Allah ini,

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapatkan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” – Ali Imraan 133

Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close