Dunia

WHO lulus Vaksin Nuvaxovid untuk kecemasan

Versi protein, kuatkan sistem imunisasi badan dari dijangkiti virus

GENEVA, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan vaksin Nuvaxovid dalam penyenaraian penggunaan kecemasan (EUL) setelah mendapat penilaian dan kelulusan sebelum ini oleh Agensi Ubat Eropah (EMA).

Vaksin itu dibangunkan oleh Novavax dan Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI).

Nuvaxovid adalah vaksin kelima yang disyorkan di Kesatuan Eropah (EU) untuk mencegah penularan coronavirus, kata EMA.

“Ia adalah vaksin berasaskan protein – bersama dengan vaksin lain yang telah dibenarkan – akan menyokong kempen vaksinasi di negara anggota EU ketika fasa penting wabak itu,” menurut EMA.

WHO berkata, ubat itu adalah produk pemula untuk vaksin Covovax yang menerima penyenaraian penggunaan kecemasan WHO pada 17 Disember lalu.

“Kedua-dua vaksin dibuat menggunakan teknologi yang sama. Setiap individu memerlukan dua dos dan stabil pada suhu 2 hingga 8 C yang disejukkan,” kata WHO.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, bahawa lebih 3.3 juta orang telah kehilangan nyawa akibat COVID-19 pada 2021 – lebih banyak berbanding HIV, malaria dan tuberkulosis pada 2020.

Kumpulan Pakar Penasihat Strategik WHO (SAGE) juga telah mengeluarkan cadangan dasar untuk produk Nuvaxovid/Covovax.

Prosedur EUL menilai kesesuaian produk kesihatan baharu ketika kecemasan kesihatan awam.

Ia bertujuan menyediakan ubat-ubatan, vaksin dan diagnostik secepat mungkin untuk menangani kecemasan, pada masa sama mematuhi kriteria keselamatan, keberkesanan serta kualiti ketat.

EMA mendakwa, Nuvaxovid berfungsi dengan menyediakan imunisasi badan untuk mempertahankan diri daripada dijangkiti virus.

“Vaksin itu mengandungi versi protein yang terdapat pada permukaan SARS-CoV-2 (protein spike) yang telah dihasilkan di makmal,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button