Berita UtamaUtama

Bekalan vaksin influenza di Selangor cukup: MB

Permintaan tinggi, berlaku situasi panik di kalangan masyarakat

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1441H, Selasa – Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bekalan vaksin influenza mencukupi di negeri itu menjelang minggu hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa klinik swasta di negeri itu kehabisan bekalan vaksin berkenaan akibat permintaan yang tinggi ketika ini.

“Keadaan ini menyebabkan berlakunya situasi panik dalam kalangan masyarakat.

“Namun, sebenarnya bekalan vaksin berkenaan adalah cukup… saya dapat jaminan daripada Kementerian Kesihatan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Awam Daerah Gombak (PPAS) dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa mengikuti rapat perkembangan isu berkenaan dan akan mengambil langkah seterusnya jika keadaan menjadi tidak terkawal.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik isu influenza ini yang mengingatkan kita mengenai kepentingan pengambilan vaksin dan ia sangat diperlukan bagi mengawal penyakit seperti ini,” katanya.

Semalam, kerajaan meluluskan bekalan alternatif sebanyak satu juta tablet vaksin Influenza A kepada klinik swasta, yang boleh memberi manfaat kepada 100,000 pesakit.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close