Berita UtamaDuniaUtama

80 peratus rakyat Yaman diambang maut

861,000 kes kolera dilaporkan, 3.6 juta jadi pelarian domestik

NEW YORK, 18 Jamadilawal 1441H, Selasa – Dianggarkan 80 peratus penduduk Yaman berada di ambang maut dan amat memerlukan bantuan kemanusiaan untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Stephane Dujarric pada Isnin.

“Operasi kemanusiaan di Yaman kekal yang terbesar di dunia, dengan 24 juta orang – kira-kira 80 peratus penduduk – memerlukan bantuan,” kata Dujarric dalam satu taklimat.

“Sekitar 7.4 juta orang memerlukan bantuan makanan, termasuk 2.1 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan 1.1 juta wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan rawatan kerana kekurangan zat makanan,” katanya.

“Sehingga 8 Januari hampir 861,000 kes suspek kolera dilaporkan sejak 2019, menjejaskan 324 daerah di Yaman,” kata jurucakap itu.

“Sebanyak 3.6 juta menjadi pelarian domestik dengan hampir 400,000 daripadanya pelarian baharu pada 2019,” tambah Dujarric.

Majlis Keselamatan pada Isnin menerima pakai resolusi melanjutkan mandat misi PBB selama enam bulan lagi, sebagai menyokong Perjanjian Hodeidah antara pemerintah Yaman dan puak Houthi.

Resolusi 2505, yang mendapat sokongan sebulat suara daripada 15 anggota Majlis, membolehkan mandat misi PBB di Yaman dilanjutkan sehingga 15 Julai 2020.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close