Berita UtamaDunia

Bekas presiden tak perlu kembali lagi ke Sri Lanka

Wickremesinghe masih berhubung dengan Rajapaksa

COLOMBO, 3 Muharram 1444H, Isnin – Sekarang bukan masa sesuai untuk bekas Presiden, Gotobaya Rajapaksa kembali ke negaranya, Sri Lanka.

Presiden baharu Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berkata, kepulangan Rajapaksa hanya akan menambahkan kemarahan rakyat selain membebankan tekanan politik.

“Saya tidak percaya ini adalah masa sesuai untuk beliau kembali ke tanah air, selepas berdepan gesaan meletak jawatan Rajapaksa melarikan diri.

“Kepulangan nanti hanya memberi lebih banyak tekanan dan masalah terutama rakyat yang terlalu kecewa dengannya,” katanya.

13 Julai lalu Rajapaksa bersama isteri dan seorang pengawal keselamatan merupakan antara empat penumpang yang menaiki pesawat tentera Antonov-32, berlepas dari lapangan terbang antarabangsa menuju ke Maldives.

Sebaik tiba di Male, ibu negara Maldives, mereka dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan dengan diiringi anggota polis.

Selepas beberapa hari peletakan jawatan bekas presiden itu, Wickreminghe memenangi undian di Parlimen sekali gus membolehkan beliau diangkat menjadi presiden baharu Sri Lanka.

Wickremesinghe mengakui beliau sehingga kini masih berhubung dengan Rajapaksa dalam menguruskan penyerahan pentadbiran negara dan urusan kerajaan yang lain.

Sri Lanka yang berdepan krisis kewangan kritikal mengadakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Wickremesinghe dijangka mencapai perjanjian IMF penghujung bulan ini sambil menambah negara itu perlu memperoleh lebih AS$3 bilion daripada sumber luar bagi menyokong import penting termasuk bahan api dan makanan dan keperluan baja. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button