Dunia

AS takkan laksana semula perintah berkurung

Varian Delta punca lonjakan kes 2 kali ganda dalam 10 hari terakhir

WASHINGTON, 23 Zulhijjah 1442H, Isnin – Amerika Syarikat (AS) tidak akan melaksanakan semula perintah berkurung, meskipun situasi COVID-19 berisiko lebih buruk susulan varian berbahaya Delta yang mendorong lonjakan kes jangkitan. 

Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci berkata, kadar peratusan rakyat Amerika yang telah divaksinasi sudah memadai untuk negara itu tidak melaksanakan perintah berkurung. 

“Walaupun (kadar vaksinasi) belum cukup untuk mengatasi wabak itu, tetapi saya percaya kita tidak perlu berada dalam situasi yang pernah dialami pada musim sejuk lalu,” katanya. 

Berdasarkan rekod, jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 hari terakhir.

Walaupun negeri-negeri tidak mengambil langkah sekatan pergerakan, penyebaran varian Delta masih boleh mengancam ekonomi AS. 

Presiden Bank Rizab Persekutuan, Minneapolis Neel Kashkari berkata, varian Delta mencetuskan langkah berjaga-jaga bagi jutaan penduduk di AS yang tidak dapat bekerja dan melambatkan pemulihan pasaran buruh negara itu.

Bukan hanya negara Barat, varian dominan itu juga melumpuhkan kebanyakan negara Asia yang sebelum ini hampir berjaya mengawal penularan kes jangkitan.

Antaranya seperti Filipina, Thailand dan Vietnam – kini terpaksa menguatkuasakan semula perintah berkurung. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button