Berita UtamaDuniaUtama

Penunjuk perasaan desak pemimpin kerajaan lepas jawatan

Akibat Iran mengaku tembak pesawat Ukraine hingga korban 176 orang

TEHRAN, 17 Jamadilawal 1441H, Isnin – Penunjuk perasaan di Iran meminta supaya pemimpin kanan negara itu segera melepaskan jawatan mereka.

Difahamkan, ia berikutan pengakuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa – selepas beberapa hari penafian – bahawa Iran secara tidak sengaja menyerang pesawat Ukraine sehingga mengakibatkan 176 orang terbunuh.

Pada Rabu lalu, penerbangan PS752 milik Ukraine International Airlines terhempas selepas beberapa minit berlepas ke Kiev dari Lapangan Terbang Tehran.

Kejadian berkenaan berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap AS atas kekejaman membunuh komander Iran, Qassem Soleimani.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close