Berita UtamaTarbiyyahUtama

Daud dan Jalut

Siapakah Daud pada zaman ini?

1. KISAH pertembungan antara tentera Talut dan Jalut yang dinukillan Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 246-252 amat sarat dengan nilai kepimpinan

2. Kualiti-kualiti hebat yang perlu ada pada susuk tubuh seorang pemimpin dalam Islam seperti berani, taat, ilmu yang luas, tubuh yang perkasa, keperwiraan, tawakal dan rendah diri merupakan formula penting kemenangan tentera Talut

3. Wira sebenar kisah penuh debar ini ialah Nabi Allah Daud a.s yang membunuh Jalut, walaupun Baginda a.s hanyalah seorang anak muda pengembala kambing, bertubuh kecil dan hanya berbekalkan senjata lastik serta beberapa ketul batu

4. Kemenangan yang amat tidak dijangka ini persis Namrud yang dibunuh nyamuk dan Firaun yang dibunuh air (mati lemas)

5. Allah menceritakan kisah ini kepada kekasihnya Muhammad ﷺ bagi menenangkan hati Baginda dan memberikan motivasi penting yang amat diperlukan dalam perjuangan Baginda di Mekah dalam keadaan yang amat lemah dan tertindas

6. Selepas kemenangan Nabi Daud a.s, Allah menganugerahkan hikmah dan kedudukan sebagai Raja Bani Israel (selepas kematian Talut) kepada Baginda

7. Sungguh, pengajarannya amat besar untuk kita semua. Walaupun kita bukan siapa-siapa (nobody), namun dengan izin Allah kita mampu memiliki segalanya jika kita ikhlas dan berpegang teguh kepada risalah dan perjuangan agama-Nya

Siapakah Daud zaman ini?

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close