Berita UtamaUtama

Netizen Cina gelar Tunku Azizah ‘nenek sihir rasis’

Sebuah laman Facebook dengan tulisan Mandarin jadi medan 'hina' permaisuri

BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Rabu – Sebuah halaman di Facebook baru-baru ini dipercayai menjadi medan netizen dalam kalangan orang Cina, apabila bertindak biadab menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.

Difahamkan, pengguna dikenali sebagai Nengtung Ting mencerca, Tunku Azizah susulan tindakan baginda yang menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai langkah untuk memperkasakan tulisan berkenaan.

“Nenek sihir yang rasis,” kata Ting dalam tulisan mandarin.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pengguna Yee Nyet Tan mendesak, Tunku Azizah supaya membuat permohonan tulisan jawi dijadikan sebagai sebuah warisan.

“Pergilah mohon sebagai warisan. Bodoh!” herdiknya.

Pada masa sama, Mc Tan juga menempelak tindakan baginda, selain menggesa supaya tidak memaksa kaum Cina untuk mempelajari tulisan jawi.

“Kalau begitu, suruhlah orang Melayu belajar dengan baik dan hafal. Janganlah paksa orang Cina belajar,” katanya.

“Kenapa anda mahu paksa bangsa lain belajar budaya anda?” soal Leek Hok Hing.

Chin Chze Wui yang membalas komen berkenaan berkata: “Untuk asimilasi budayakan anda semua,”

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju.

Jelasnya, pengajaran tulisan jawi di satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan.

Sebelum ini, Tunku Azizah di laman Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau PIBG yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina.

Johnson Chong yang dengan bangganya menjawab persoalan baginda berkata, bahawa PIBG adalah pihak bertanggungjawab memantau pelajaran murid-murid dan bukannya pengajaran tulisan jawi.

“Apa pendapat anda? Kenapa pencapaian akademik orang Cina lebih baik daripada Bumiputera? Kerana PIBG yang berfungsi, bukan jawi,” katanya.

“Lebih baik PIBG yang berkuasa agar pelajar boleh menguasai ilmu baru, lebih mudah bersatu dan pengajaran guru meningkat,” tulis Siewwal Wong.

PAUTAN BERKAITAN:  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3640693015971626&id=1226644360709849

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close