Berita UtamaGambar PilihanIstimewaPendapatUtama

Peletakan jawatan Dr Maszlee hanya ‘the tip of the iceberg’

PH, BN bukan lawan undi, tapi kekalkan survival kaum minoriti

IA adalah fenomena sampingan yang menggambarkan lima isu besar sebenar yang sedang berlaku dalam senario politik tanahair:

1. Parti Rasis cauvinis, DAP Dominan dan Konsisten menghuru-harakan Pentadbiran Dalam kerajaan

Parti cauvinis yang didanai para taikun ini memberikan tekanan yang amat tinggi terhadap kerajaan termasuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri secara terang-terangan.

Walaupun sebahagian mereka adalah menteri/timbalan menteri kabinet, namun wala’ dan kesetiaan tetap diberikan kepada pucuk pimpinan parti, walaupun bertentangan dengan aspirasi PM, rakyat majoriti dan jentera kerajaan sendiri.

Ini amat jelas berlaku secara konsisten dalam kes rusuhan kaum di Kuil Sri Mariamman USJ 25, Statut Rome, isu Komunis dan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), polemik tulisan jawi dan banyak lagi.

Lebih pelik dan ajaib apabila Timbalan Menteri Pendidikan hanya taat kepada pimpinan DAP dan bukannya menteri, lebih dominan dalam mentadbir kementerian dan membuat kenyataan rasmi, serta konsisten memberikan bantuan kepada sekolah vernakular yang sudah sedia tersergam indah dan
cantik.

Jika benar kementerian yang lemah dan bersalah, sepatutnya YB Teo Nie Ching juga dipaksa meletak jawatan!

2. Politik Berasaskan Kaum Mengatasi Politik Berasaskan Parti

Dominasi DAP yang bertunjangkan semangat perjuangan rasis (berasaskan kaum) mendapat sokongan tak berbelah bahagi dari MCA, terutama selepas kemenangan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Dalam isu sekolah vernakular, status Bahasa Melayu, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan Buy Muslims’ First (BMF) sebagai contoh, mereka amat konsisten dan senada seirama mempertikaikan perlembagaan negara.

Parti politik Pakatan Harapan (PH) lawan Barisan Nasional (BN) hanya sandiwara. Pertembungan sebenar bukan pada peti undi, tapi dalam mengekalkan survival kaum minoriti masing-masing.

Masalahnya, kenapa pemimpin bangsa tonggak Melayu Islam gagal memahami konsep ini dan terus terperdaya dengan teknik pecah dan perintah, yang dimainkan DAP serta kuncu-kuncunya?

3. Ketelusan dan Transformasi yang Dijanji PH Hanya Janji Kosong

Sungguh tiada apa-apa yang baharu dapat kita lihat dalam pentadbiran PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Semua inisiatif yang bagus dari kerajaan terdahulu diteruskan serta diberi nama baharu. Manifesto pilihanraya tinggal di atas kertas, hanya dijustifikasi bukan diimplementasi.

Dalam aspek rasuah, ahli politik bermasalah, kelembapan ekonomi, jual aset negara kepada kuasa luar dan membuli bangsa Melayu dan agama Islam, nampaknya kerajaan PH lebih hebat prestasinya berbanding kerajaan terdahulu.

Rakyat terus susah dan tersepit

Apabila satu-satu masalah berlaku, dengan mudah pimpinan negara menuding jadi kepada rakyat yang dikatakan malas, tidak berusaha dan asyik bergantung kepada bantuan.

4. ‘Politiking’ Tunjang Politik Negara, Bukan Khidmat Untuk Rakyat

Ahli politik terus kekal sibuk untuk mempertahankan periuk nasi masing-masing, jatuh menjatuh, menyebarkan video lucah, membentuk kerajaan dalam kerajaan dan pelbagai lagi tindakan yang tidak langsung menguntungkan rakyat

Pengunduran Dr Maszlee Malik adalah bukti jelas berlakunya politik dalaman yang amat jahat untuk memporak-perandakan negara.

Samada ia disebabkan kelemahan peribadi atau tindakan beliau menamatkan kontrak YTL, atau memperkenalkan pelajaran tulisan jawi atau menggalakkan dakwah di sekolah bukankah isu pokok.

Isu yang lebih besar ialah agenda pembangunan negara sebagai contoh penambahbaikan sistem pendidikan negara, sepatutnya dipunyai dan ditunjangi oleh seluruh jentera kerajaan berasaskan perlembagaan dan semangat integtasi kaum

Namun ini jelas tidak berlaku

‘Politiking’ yang berlaku adalah untuk menaikkan agenda peribadi dan agenda kaum minoriti yang rasis.

Itu belun kita bincang isu perebutan jawatan PM ke-8 lagi…

5. PH Menghampiri Kemusnahan. Melayu Islam Perlu Ambilalih Dominasi Untuk Pastikan Kestabilan Negara

Jelas, segala yang berlaku menunjukkan PH menuju kehancuran. Dr M sudah terlalu tua dan lemah untuk mentadbir, hilang taring, tiada kekuatan pengaruh seperti dulu dan sering tunduk kepada desakan DAP.

Malaysia memerlukan satu nafas baharu. Politik berasaskan Islam yang didominasi pimpinan Melayu yang berintegriti tinggi dan berkemahiran merentas parti politik sedia ada.

Segala agenda peribadi dan sampingan perlu diketepikan. Para ahli politik yang telah luput tarikh, basi dan meloyakan perlu dibuang jauh-jauh.

Ayuh kita bangunkan generasi muda pimpinan negara yang berwawasan besar dengan aspirasi yang lebih segar.

Hanya cara inilah yang akan dapat mengekalkan kesejahteraan dan kestabilan negara.

Sukar dan mencabar, namun kita tiada alternatif lain!

Ir Muhammad Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat Isma

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close