Berita Utama

Vaksinasi ‘walk-in’ remaja hanya untuk individu tak bersekolah, ‘homeschooling’

Lokasi pemberian vaksin sama ada di sekolah atau PPV dekat tempat tinggal

PUTRAJAYA, 16 Safar 1443H, Khamis – Vaksinasi secara ‘walk-in’ buat remaja hanya melibatkan mereka yang tidak bersekolah, sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bersekolah di rumah.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, bagi pelajar yang bersekolah, mereka perlu mengikut jadual janji temu vaksinasi telah ditetapkan.

“Ibu bapa atau penjaga mestilah membawa remaja mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, kaedah vaksinasi berjadual dilakukan bagi mengelak berlakunya kluster jangkitan COVID-19.

Justeru, ibu bapa tidak perlu bergegas membawa anak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk vaksinasi kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlebih awal

“Bagi pelajar sekolah berasrama penuh dan harian, janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera di mana remaja akan divaksinkan di sekolah atau PPV berdekatan tempat tinggal mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan vaksin untuk remaja adalah mencukupi.

“Kesemua remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan diberi vaksinasi sama ada di PPV atau sekolah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button