Berita UtamaUtama

Norma lazim mula diubah atas nama demokrasi: Zainul Rijal

Usaha merakyatkan demokrasi masih lagi jauh panggang dari api

BANGI, 19 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Isu yang suatu ketika dahulu tiada kompromi seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), komunis, liberal, hak asasi terlampau kini mahu dinormalisasi atas nama demokrasi, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, atas nama demokrasi norma lazim kita sudah mula mahu diubah kerana mendakwa memiliki suara terbanyak di Parlimen.

Natijah daripada perkara itu, Zainul berkata, negara akan bergerak lebih ke kiri menanggalkan pakaian budaya, menyemai nilai asing dan mementingkan hak diri berbanding hak awam.

“Atas nama demokrasi juga kita lihat hari ini, pelbagai perkara baik dan buruk berlaku di dalam negara tidak kiralah sama ada kerajaan sekarang atau terdahulu.

“Persoalannya adakah rakyat hanya perlu menunggu PRU untuk menzahirkan sokongan atau bantahan mereka. Adakah demokrasi hanya berlaku ketika pengundian umum sahaja dan tidak dalam isu-isu spesifik?,” soal beliau.

Menulis di Sinar Harian semalam, beliau mengambil contoh pengundi yang membuang undi ketika PRU bagi memilih wakil rakyat mereka.

“Sangat nadir kita mendengar wakil-wakil rakyat berunding dengan pengundi mereka bagaimana untuk berbahas atau mengundi di Parlimen. Apa yang sering kita dengar ialah wakil rakyat mengundi di Parlimen mengikut arahan parti masing-masing.

“Oleh yang demikian usaha merakyatkan demokrasi itu masih lagi jauh panggang dari api,” katanya.

Justeru Zainul berkata, sudah sampai masanya kita melihat kembali kesesuaian sistem demokrasi untuk diterapkan selaras dengan norma lazim tempatan dan budaya kita.

“Sudah banyak kita melihat undang-undang dan peraturan yang dibuat majoriti ahli legislatif yang mendakwa mendapat mandat rakyat majoriti tidak selari dengan kemahuan masyarakat umum. Namun masyarakat umum tidak mempunyai wadah untuk mengatakan sebaliknya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close