Berita UtamaDuniaPalestinUtama

3,750 ditangkap sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis kota Israel

1,070 kanak-kanak, 171 wanita Palestin ditahan di penjara Zionis

GAZA, 19 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Pusat Kajian Banduan Palestin (PCBS) melaporkan sekurang-kurangnya 3,750 rakyat Palestin ditangkap, sejak Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017.

Dalam satu laporan pada Sabtu, PCBS berkata, warga Palestin dipaksa menerima keputusan berkenaaan termasuk mengharamkan mereka mempertahankan Baitulmaqdis, yang sepatutnya menjadi milik Palestin.

Warga Palestin juga dilarang untuk beribadat dan memasuki Masjid al-Aqsa dalam suatu tempoh kerana dikawal ketat oleh rejim pengganas Zionis.

Jurucakap dan penyelidik PCB, Riyad al-Ashqar berkata, rejim Israel telah meningkatkan angka serangan dan serbuan ke atas warga Palestin sejak pengumuman Presiden AS, Donald Trump.

Katanya, seramai 1,070 kanak-kanak selain 171 wanita ditangkap ketika melawat Masjid al-Aqsa.

Selain itu, pemimpin dan ulama Palestin seperti Ketua Majlis Wakaf Islam, Sheikh Abdul Azim Salhad dan Timbalan Pengarah Wakaf Islam, Sheikh Najeh Bkerat turut ditahan oleh rejim pengganas Zionis.

Pada masa sama, tangkapan besar-besaran turut dilakukan di kawasan lain dengan Isawiya mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,400 warga Palestin, diikuti Shuafat, 498 tangkapan, Silwan, 504 tangkapan serta Kota Lama dan Masjid al-Aqsa masing-masing seramai 429 dan 344 tangkapan.

Bulan lalu, Palestin, kumpulan hak asasi manusia dan ahli politik mengecam pentadbiran Trump, susulan mengumumkan pendirian yang tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram.

Dalam pengumuman yang dibuat Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan pentadbiran Trump tidak lagi mematuhi Jabatan Negara 1978 bahawa penempatan Israel di Tebing Barat melanggar undang-undang antarabangsa.

“Selepas mengkaji dengan teliti semua perdebatan undang-undang, pentadbiran ini bersetuju… penubuhan penempatan Israel di Tebing Barat adalah tidak haram, dan tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Pompeo.

Berdasarkan beberapa resolusi terbaharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), penempatan haram Israel adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa kerana melanggar Konvensyen Geneva Keempat – yang melarang kuasa menjajah daripada memindahkan penduduknya ke kawasan yang dimiliki.

Pengumuman AS itu adalah langkah terbaharu dalam siri gerakan pentadbiran Trump yang memihak kepada Israel, sekali gus mengundang kecaman serta kritikan daripada Palestin, kumpulan hak asasi dan ahli politik seluruh dunia. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close