Berita UtamaUtama

Melampau! Hanya 3 muka surat, itu pun nak dakwa di mahkamah

Dong Zong bantah tulisan Jawi, mana 'jantan' pemimpin politik Melayu?

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 19 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Tindakan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong mahu mendakwa kerajaan di mahkamah berhubung isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular sangat melampau, kata Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Terdahulu media melaporkan, kumpulan rasis Dong Zong mahu mendakwa kerajaan di mahkamah susulan keputusan memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan Jawi, dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4, termasuk di sekolah vernakular.

Tiga halaman berkenaan memperlihatkan tulisan Jawi pada jata negara, wang kertas dan setem yang mengandungi tujuh patah perkataan iaitu bersekutu, bertambah, mutu, bank, negara dan Malaysia.

Difahamkan, pertubuhan itu juga akan menganjurkan perhimpunan kumpulan Cina pada 28 Disember bagi membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan jawi di sekolah vernakular.

Kumpulan rasis itu tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi atas dakwaan ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Selain itu, mereka mendakwa, kuasa pengurusan yang diperuntuk kepada lembaga pengelola sekolah mengikut Akta Pendidikan 1996 turut dipinggirkan.

Kecewa dengan sikap keterlaluan Dong Zong, Prof Zainur Rashid menyifatkan tindakan pertubuhan itu membantah keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan mereka sebagai puak rasis yang melampau.

“Hanya tiga muka surat dengan beberapa petikan jawi, Dong Zong nak dakwa kerajaan di mahkamah. Hilang langsung kejantanan pemimpin politik Melayu!

“Bagaimana dengan tindakan dengan kebiadaban orang yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menghina Jalur Gemilang, mengangkat pemimpin komunis, pertemuan bekas pengganas komunis dan sebagainya?,” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close