Uncategorized

Isu komunis: Tunggu apa lagi!

Kerajaan didesak supaya bertindak kena hukuman setimpal

BANGI, 18 Rabiulakhir 1441H, Ahad – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipersoal mengapa masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap persatuan yang menyertai himpunan Parti Komunis Malaya (PKM) baru-baru ini walaupun sudah memilik butiran lengkap berkenaan mereka.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Sani Osman berkata, apa lagi mahu ditunggu setelah maklumat berkenaan persatuan didedahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Tegas beliau, sewajarnya tindakan tegas dikenakan ke atas pihat yang terbabit mengikut kepada peruntukan perundangan bersesuaian dan paling setimpal.

“Pertama sekali haramkan terus atau dimansuhkan pendaftaran persatuan kerana bawa ideologi berbahaya. Kemudian ambil tindakan terhadap pengerusi persatuan tersebut.

“Jangan asyik siasat sahaja sebab benda ini sudah terang dan jelas, tentu ada ahli jawatankuasa dan di situ kita sudah tahu siapa dia.

“Rujuk perundangan ikut apa yang paling sesuai untuk dijalankan hukuman, kalau tak hukum masa hadapan berlaku lagi, kemudian siasat lagi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, ROS berkata, enam daripada sembilan pertubuhan yang menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai PKM di Kajang pada 1 Disember lalu adalah pertubuhan tidak berdaftar.

ROS menyifatkannya sebagai Pertubuhan Yang Menyalahi Undang-Undang di bawah Seksyen 41(1)(b), Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan di bawah Seksyen 43 Akta yang sama.

Katanya, tiga lagi pertubuhan yang menghadiri majlis tersebut disahkan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pada masa sama, Sani berkata, sikap matang dan tegas kerajaan amat ditagih dalam isu ini kerana tindakan berlembut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,

Beliau berharap, kes berkenaan siapa pembawa abu mayat Chin Peng dan himpunan komunis tidak berlaku campur tangan politik kerana semua pihak perlu akur bahawa tiada siapa lebih tinggi daripada undang-undang negara.

Tegas beliau, jika perkara berkenaan diingkari, persatuan komando tidak akan teragak-agak untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong.

“Rakyat Malaysia kena ikut undang-undang Malaysia, kalau tak nak ikut lebih baik keluar dari negara ini. Malaysia ada undang-undang dan mrupakan negara berdaulat.

“Kalau tindakan tegas tidak diambil kami akan terus mendesak seperti mana titah Sultan Selangor jangan agungkan komunis,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close