Berita UtamaDuniaUtama

14 cedera demontrasi di Lubnan

Polis guna gas pemedih mata, peluru getah lerai penunjuk perasaan

BEIRUT, 18 Rabiulakhir 1441H, Ahad – Seramai 14 penunjuk perasaan cedera semasa demontrasi yang tercetus di pusat daerah Beirut, kata Palang Merah Lubnan – The Lebanese Red Cross (LRC).

LRC berkata, enam daripada mereka yang cedera ekoran demontrasi berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurut Berita Nasional Lubnan (NNA), ramai penunjuk perasaan pengsan dan tidak sedarkan diri selepas polis bertindak melepaskan gas pemedih mata.

Difahamkan, demonstrasi berkenaan adalah yang terbaru terhadap kerajaan kerana gagal menangani krisis ekonomi yang bermula sejak bulan Oktober lalu sehingga memaksa Perdana Menteri, Sa’ad al-Hariri mengundurkan diri.

Terdahulu, demontrasi bermula apabila Sa’ad memutuskan untuk melaksanakan cukai baharu, dan telah menimbulkan kegawatan ekonomi kepada penduduk Lubnan.

Situasi itu menyebabkan penunjuk perasaan berkumpul di tengah Beirut untuk melakukan demontrasi terhadap ahli politik utama supaya membentuk sebuah kerajaan baharu sekali gus membendung masalah kegawatan ekonomi.

Bagi menangani demontrasi berkenaan, pihak polis telah menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang cuba untuk memecahkan beberapa halangan laluan ke Parlimen dan ibu pejabat kerajaan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close