Berita PilihanBerita UtamaUtama

Kg Baru Cina: Manifestasi politik perkauman DAP

Akan terus juang hak satu kaum tanpa ambil kira sensitiviti lain

BANGI, 17 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – Suasana tegang yang melanda isu pemilikan tanah kampung baru Cina di Perak merupakan manifestasi kepada gaya politik perkauman yang dimainkan oleh DAP.

Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad mendakwa, DAP tanpa mengira sensitiviti kaum lain akan terus memperjuangkan hak orang Cina jika berlaku sesuatu perkara yang tidak memenuhi kehendak mereka.

Beliau berkata, keadaan seperti itu amat berbahaya kepada negara kerana akan mengakibatkan berlakunya suasana politik yang tidak stabil.

“Tindakan mereka tidak selari dengan semangat Malaysia, mereka (DAP) tidak akan putus asa berjuang isu-isu (kepentingan mereka) itu.

“Isu ini timbul kerana manifesto yang kita kira sebagai tidak masuk akal dijanjikan kepada pengundi Cina.

“Kemelut di Perak bukan lagi rahsia kerana dominasi DAP yang menjadi tunjang kerajaan negeri, sebab itu apa sahaja isu yang tidak menyebelahi mereka tidak akan mendapat restu kepimpinan atasan DAP,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, isu pemberian hak milik kekal tanah boleh diselesaikan melalui bidang kuasa negeri tanpa perlu mendapat persetujuan perdana menteri mahupun timbalan perdana menteri.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan secara jelas dalam peruntukan Kanun Tanah Negara bahawa pemberian hak milik tanah adalah mengikut dasar yang diputuskan pentadbiran negeri.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan, kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Majlis Tanah Negeri (MTN) berkaitan isu tersebut sebelum melakukan tindakan seterusnya.

Mengulas lanjut, Hazwan berkata, pendirian berbeza di antara Ahmad Faizal dan DAP bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pergolakan dua kumpulan berkenaan sudah diketahui sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai lagi.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini adalah sudah tiba masa orang Melayu termasuk Cina dan India bersatu untuk sama-sama mengembalikan kuasa politik Melayu seperti yang pernah dikecapi sejak 60 tahun lalu.

Jelasnya, dominasi politik Melayu sejak merdeka telah terbukti berjaya mewujudkan kestabilan dengan semua kaum dilayan secara adil tanpa sebarang tekanan dan kezaliman.

“Bagi saya tiada masalah untuk berjuang untuk kaum-kaum yang ada di Malaysia, kita tidak boleh lari politik berasaskan kaum.

“Tetapi permainan politik perkauman yang dimainkan oleh DAP yang membuat suasana politik di negara ini tidak stabil,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close