Berita UtamaUtama

Jambatan Pan Borneo runtuh

Dua pekerja cedera berikutan kemalangan, kini dirawat

KUCHING, 17 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – Sebuah jambatan Projek Pan Borneo Pakej Kerja 11 (WPC11) di Miri, kira-kira 700 km dari Kuching, yang sedang dalam pembinaan dilaporkan runtuh, pada 2.40 petang Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini, kejadian itu berlaku di kawasan seksyen Pujut.

“KKR juga menerima laporan bahawa dua orang pekerja mengalami kecederaan berikutan kemalangan tersebut dan kini telah dirawat.

“Kerja-kerja pembinaan di kawasan kemalangan dihentikan dengan serta-merta bagi memastikan keselamatan para pekerja dan orang ramai,” jelas kenyataan itu.

Difahamkan, insiden itu berpunca daripada struktur di bahagian rasuk jambatan berkenaan yang tiba-tiba runtuh.

KKR juga telah mengarahkan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan dan memastikan kejadian tersebut tidak berulang.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close