Berita PilihanBerita UtamaUtama

Isu jawi: Penolak adalah pelaku perkauman ekstrem, cauvinis

Hanya belajar tujuh perkataan tertera di jata negara, wang kertas, setem

BANGI, 17 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – Pihak yang menolak pembelajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah rendah disifatkan sebagai pelaku perkauman ekstrem dan cauvinis.

Pengasas Gabungan Peguam Malaysia (MLC), Lukman Sheriff Alias mendakwa, hanya satu sebab sahaja pihak berkenaan membantah pembelajaran tulisan jawi kerana merasakan budaya mereka jauh lebih hebat dari budaya orang Melayu.

“Ia adalah tulisan jawi di lambang negara, duit ringgit dan setem. Saya tak nampak langsung kenapa ini perlu dibantah. Takkan tak boleh ambil tahu tentang lambang negara.

“Jadi jijik mereka mempelajarinya. Patutlah LKS (Lim Kit Siang) menulis mereka menganggap pembelajaran jawi mengkhianati bahasa dan budaya mereka. Ini adalah cauvinistik dan rasisme yang amat melampau.

“Kalau begitu saya put a firm stand (pendirian tegas) tidak akan berganjak dan bertolak ansur langsung dengan permintaan DJZ (Dong Zong) dan Gerakan baru-baru ini. Kerajaan jangan layan ekstrem racism dan chauvinisme mereka ini,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Semalam tular tiga muka surat buku teks pembelajaran tulisan jawi di sekolah rendah.

Tiga halaman berkenaan memperlihatkan tulisan jawi pada jata negara, wang kertas dan setem yang mengandungi tujuh patah perkataan iaitu bersekutu, bertambah, mutu, bank, negara dan Malaysia.

Terdahulu, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan kumpulan pendidikan Cina lain membangkitkan kembali isu tulisan jawi apabila memaklumkan mahu menghantar memo kepada Kementerian Pendidikan untuk menuntut supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam isu pembelajarannya di sekolah rendah vernakular.

Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, mereka tidak berpuas hati apabila lembaga sekolah tidak tersenarai sebagai pembuat keputusan dalam pengajaran jawi di sekolah vernakular tahun depan, walaupun sudah lima pertemuan diadakan dengan kementerian.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan bahawa jemaah menteri memutuskan pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat sahaja dalam buku teks.

Katanya, jemaah menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat dilaksana secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close