Berita PilihanBerita UtamaUtama

Bersanding dalam air

Pasangan pengantin baharu berpakaian biasa di hari bersejarah

BANGI, 17 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – `Kita merancang tuhan menentukan’ merupakan kata-kata yang paling sesuai untuk mengungkap nasib yang menimpa pasangan pengantin baharu Izat Samsudin dan Siti Zaleha Satiman.

Ini selepas majlis perkahwinan meriah yang mereka idamkan bertukar menjadi `pesta air’ selepas kawasan majlis persandingan di Kampung Chokro, Johor dinaiki air.

Lebih menyedihkan, pasangan berkenaan bukan sahaja bersanding tanpa pelamin yang terpaksa dibuka awal ekoran air naik dengan mendadak malah hanya berpakaian biasa sahaja di hari bersejarah mereka.

Pasangan pengantin baharu itu dilaporkan merancang untuk memakai persalinan songket merah dalam majlis persandingan mereka.

Siti Zaleha bagaimanapun dilihat tidak mengeluh di baliknya musibah yang melanda dirinya, sebaliknya masih sempat berseloroh.

“Selamat pengantin baru. #PengantinViral #LautanAirSanggupKuRenang,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Sementara itu, netizen yang mengisi ruangan komen Facebook Siti Zaleha mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mendirikan rumah tangga.

“Tetap comey pengantin kita. Barakallah kak,” kata Amalina Nazari.

“Allah, sabar yer pengantin,” tulis Khazin Nur Amal.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close