Berita UtamaUtama

Ahli perniagaan rugi RM90,000

Ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud di laman sosial Facebook

KANGAR, 17 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira-kira RM90,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud, di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, mangsa yang berusia lingkungan 50-an itu pada awalnya membuat pinjaman RM30,000 daripada sindiket berkenaan pada 2018.

Katanya, mangsa kemudian diminta oleh suspek untuk membuat bayaran tambahan atas pelbagai alasan seperti bayaran untuk caj pinjaman wang dan upah.

“Akibat percaya dengan suspek, mangsa telah melakukan pelbagai transaksi pemindahan wang kepada suspek sehingga mencecah RM90,000 dalam masa setahun,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Wari berkata, setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa bertindak membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close